Jumaat, 4 September 2009

Nafsu durjana

Mencari cinta

Di bumi kuberdiri
Dipayungi langit nan tinggi
Kumencari cinta sejati
Yang kekal dan abadi

Dan kupasti cinta itu
Hanya pada-Mu oh Tuhanku
Tertumpahnya segala rindu
Yang kudus seputih salju

Jika tiada kasih dan rindu
Pada-Mu oh Tuhan Yang Satu
Dunia yang indah terbentang luas
Bagai dirundung awan hitam

Namun hamba insan lara
Terbias jua cinta dunia
Yang palsu dan memperdaya

Semoga kasih dan rindu itu
Kan bersatu di dalam kalbu
Merimbun mekar di hati
Seharum wangian kasturi

Selasa, 1 September 2009

Berapa jumlah rakaat tarawih ?


Pertanyaan :


Assalamu'alaikum

Ustadz, sholat tarawih yang bener 8 rakaat atau 20 ? Kalo kita misal ikut yng 20 trus pas 8 rakaat keluar boleh gak ?
makasih sebelumny


Jawaban :


Wa’alaikumus salam warohmatullahi wabaraakatuhu.

Alhamdulillah washolaatu wassalaamu ‘alaa Rosulillah wa’alaa aalihi washohbihi wa ba’du:


Sholat tarawih tidak dibatasi jumlah rakaatnya secara wajib, seandainya seseorang sholat sepanjang malampun boleh, seandainya sholat dua puluh atau lima puluh rakaatpun boleh, berdasarkan sabda Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam :

عن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " صلاة الليل مثنى مثنى فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة توتر له ما قد صلى "

Dari Ibnu Umar radhiallahu anhu berkata : Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam bersabda : “ sholat malam itu dua, dua maka apabila salah seorang dari kalian kuatir datangnya waktu subuh, hendaklah dia sholat satu rakaat untuk mengganjilkan rakat yang telah dia sholatkan“. HR Bukhari dan Muslim.


Akan tetapi jumlah raka’at yang paling afdhol adalah yang dilakukan oleh Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam, yaitu sebelas raka’at atau tiga belas raka’at, karena Ummul Mu’minin ‘Aisyah radhiallahu anha pernah ditanya : bagaimana Rasulullah sholat malam di bulan Ramadhan ? maka beliau menjawab : tidak lebih dari sebelas raka’at baik dibulan Ramadhan maupun diluar bulan Ramadhan “. Akan tetapi hendaklah sholat dilakukan sesuai dengan syar’ie, yakni dengan memanjangkan bacaan, ruku’, sujud, dan berdirinya sesudah ruku’ dan duduk diantara dua sujud, tidak seperti yang dilakukan kebanyakan orang hari ini, yaitu imam sholat dengan cepat tanpa tuma’ninah sehingga makmum tidak bisa mengamalkan apa yang seharusnya, padahal imam adalah kepemimpinan, dan seorang pemimpin wajib mengerjakan yang lebih bermanfaat dan lebih baik untuk yang dipimpinnya.


Namun apabila kita sholat tarawih dibelakang imam yang sholat dua puluh raka’at, maka yang sesuai dengan sunah adalah mengikuti imam, karena ketika kita keluar sebelum selesai imam maka kita tidak mendapatkan pahala sholat sepanjang malam sebagaimana sabda Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam :


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ مِنْ الشَّهْرِ فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا فِي السَّادِسَةِ وَقَامَ بِنَا فِي الْخَامِسَةِ حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ فَقُلْنَا لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ ثَلَاثٌ مِنْ الشَّهْرِ وَصَلَّى بِنَا فِي الثَّالِثَةِ وَدَعَا أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ فَقَامَ بِنَا حَتَّى تَخَوَّفْنَا الْفَلَاحَ قُلْتُ لَهُ وَمَا الْفَلَاحُ قَالَ السُّحُورُ

Dari Abu Dzar radhiallahu anhu berkata : kami puasa bersama Rasulullah shallawahu ‘alaihi wasallam sedang beliau tidak sholat bersama kami sampai malam ke dua puluh tiga dari bulan Ramadhan, beliau sholat bersama kami ketika telah lewat sepertiga malam, kemudian beliau tidak keluar sholat pada malam kedua puluh empat, lalu beliau sholat bersama kami pada malam kedua puluh lima ketika telah berlalu setengah malam, lalu kami berkata kepada beliau : yaa Rasulullah seandainya anda sholat lagi bersama kami samapai akhir malam ini ? maka beliaupun bersabda : “ barangsiapa sholat bersama imam sampai imam selesai maka ditulis untuknya pahala sholat sepanjang malam “.


Hadits dikeluarkan oleh Imam Ahmad ( 5/159 ), Abu Dawud ( 1375 ), Nasa’ie ( 1/ 238 ), Ibnu Majah ( 1327 ), dan Turmudzi ( 1/ 154 ) dan beliau berkata : hadits ini hasan shahih .


Hadits ini juga dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam kitab “ sholatu tarawih “ dan beliau berkata : secara dhohirnya hadits ini menunjukkan fadhilah sholat qiyamu Ramadhan bersama imam dan ini dikuatkan oleh pernyataan Abu Dawud dalam “ Al Masail ” : ( hal : 62 ) beliau berkata : aku mendengar Imam Ahmad ditanya : apakah anda lebih menyukai seorang sholat berjamaah di bulan Ramadhan atau sendiri ?
Beliau menjawab : aku lebih suka sholat bersama imam ( sampai sholat witir ).
Begitu pula ketika beliau ditanya : apakah dia mengakhirkan sholat tarawih ?
Beliau menjawab : sunahnya bersama kaum muslimin. ( sholat tarawih : syaikh Albani hal : jilid 1/15).


Hadits diatas secara dzahirnya hanya berlaku untuk sholat tarawih saja, tidak untuk sholat yang lain.

Hikmahnya adalah supaya kita tetap bersama imam. Ini dikarenakan para sahabat radhiallahu anhum dahulu selalu mengikuti imam mereka dalam perkara tambahan diluar syarie dalam satu sholat, yaitu ketika mereka bersama Amirul mukminin Utsman bin Affan radhiallahu anhu ketika beliau menyempurnakan sholat di Mina ketika haji, yakni sholat empat raka’at, padahal Nabi shallawahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakar, Umar , dan Utsman radhiallahu anhum pada awal khilafah beliau, sampai berlalu delapan tahun, mereka sholat hanya dua raka’at, kemudian beliau sholat empat raka’at, dan para sahabat mengingkari hal itu, namun mereka tetap mengikuti beliau sholat empat raka’at, menunjukkan kesungguhan mereka dalam mengikuti imam.


Inilah yang difatwakan oleh Syeikh Utsaimin rahimahullah.


Begitu juga seandainya imam sholat sebelas raka’at, dan kita ingin sholat dua puluh raka’at, maka yang paling afdhol kita mengikuti imam sampai selesai dan tidak perlu menambah raka’at lagi karena mudah-mudahan kita sudah mendapat pahala sholat sepanjang malam, sedangkan waktu yang ada bisa kita gunakan untuk membaca atau menghafal Al-Quran, atau membaca kitab untuk menambah ilmu kita, maka itu juga termasuk amal kebajikan yang harus kita perbanyak terutama dibulan Ramadhan.


Yang paling afdhol adalah kita sholat dimasjid tempat kita tinggal, namun apabila ditempat itu imam sholatnya tidak sesuai syarie, seperti sholat dengan cepat tanpa thuma’ninah, maka yang afdhol kita mencari tempat lain yang lebih bagus sholatnya, kalau itu menyulitkan maka lebih afdhol kita sholat dirumah berjamaah bersama keluarga diimami oleh yang baik sholat dan bacaannya, itu karena sholat tarawih dimasjid sunah muakad, menjaga thuma’ninah dalam sholat hukumnya wajib.


Wallahu a’lam bishowab.


(Ust Abu Roidah LC/voa-islam. com)

Teknik bertengkar secara positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."

(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.