Ahad, 30 Ogos 2009

Bumi menjadi saksi

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. membaca (yang bermaksud) 'Pada hari itu bumi akan
memberitahukan khabar-khabarnya' (Surah Az-Zalzalah, Ayat 4)'

Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Adakah kamu semua tahu apakah
khabar-khabarnya itu?" Para sahabat berkata,"Allah dan RasulNya adalah
lebih mengetahui."

Beliau s.a.w. lalu bersabda, "Sesungguhnya khabar-khabar yang akan
diberitahukan itu ialah bahawa bumi itu akan menyaksikan pada setiap
hamba, lelaki atau perempuan, perihal apa yang dilakukan di atas bumi
itu. Bumi akan mengucapkan, 'Orang ini akan melakukan begini dan
begitu pada hari ini dan itu. Inilah khabar-khabarnya.'"

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Tiada ulasan: