Rabu, 22 Julai 2009

Jalan Mujahadah

Jalan Mujahadah
menuju mahmudah
tangganya : licin dan berlumut
basah dan berselut

Langkah diatur awas
jejak dicatur tangkas
musuhnya : tidak pernah alpa
siap siaga untuk menerpa

Sunyi bukannya janji tenang
redup tidak mengundang senang
ujiannya : bagai air mengalir
tiada noktah pengakhir

Masalah datang berulang
godaan mengimbau setiap ruang
dalangnya: nafsu yang tidak kenal mundur
syaitan yang tidak pernah tidur

Tiada perhentian buat berehat
bukan disini selepas penat
hiburanya: ketenangan hati di dunia
ketenangan hakiki di syurga

Nukilan : ABDI - Rintik2 hujan 3 Ramadhan

Tiada ulasan: